Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan perjanjian keramat yang tidak boleh diubah dalam apa juga cara dan bentuk, kata Tan Sri Abang Johari Tun Openg.<br /><br />Ini kerana kata Premier Sarawak itu, segala isi kandung yang dimasukkan oleh pemimpin terdahulu ketika pembentukan Malaysia adalah yang anggap perlu untuk melindungi hak dan kepentingan negeri ini dan rakyatnya.
